Saturday, 10 December 2011

Ombak rindu :)

Ombak rindu ombak rindu ! Yeah. Okay, boleh layan lagu ombak rindu dulu ye :)


Gila best movie ney. Sumpah ! Rugi jugak sikit sape yang tak tengok tu. Ahaha ! Kalau boleh kan, nak pegi tengok lagi lah tapi masa cukup terhad sekarang. Tambah pulak sekarang hujan mula membasahi bumi Kuantan setelah berhari-hari panas, syukur alhumdulillah :)

Penangan ombak rindu ney memang dasyat lah. Tak caye ce tengok status kat facebook tu. Majoriti duk update status pasal ombak rindu even dah seminggu punn movie tu. Bukan kat facebook jek la, pegi mana-mana pun mesti duk cakap pasal ombak rindu. Kat mana-mana mall punn berjuta orang yang nak tengok movie ney. Memang box Office lah kan. Seriously Ombak Rindu memang best punn :) Kaum Adam seharusnya mengikut kaum hawa menonton filem ney. Kan best kalau pegi ngan kekasih hati :P Ahahaa ! Gedik* Okay, jujurnya tengok movie ney buat hati saya sendiri tersentuh ! Gugur jugak air mata semalam, sedih beno :(

Okay, sebenarnya semalam baru dapat outing dengan kawan-kawan setelah sekian lama terperap dalam rumah. Sumpah saya sangat enjoy semalam sampai rasa macam nak demam sekarang ney. Gila lenguh kaki sebab semalam gedik nak pakai wedges kan ika ! bebelan yang takde kaitan langsung*  Gila bersih mata saya semalam. Kenapa bersih ? Sebab semalam seharian duk CUCI MATA kat bandar. Berkilau kot mata ney. Dah tak payah nak pakai kanta lekap atau lebih moden lagi orang duk sebut Contact lens kan. Tengah cuci mata tu rambang pulak lah mata ney ha. Aiyooo, manyak sale maa. Gila gila ! Malangnya semalam just sempat window shopping jek. Ikotkan hati dan perasaan yang tengah berombak ney, nak beli kemeja lagi tapi Money ? Huh, next time sayaang :)

Thanks to Tikah, Ekin dan jugak Erny :) Korang memang gelojoh. Gurau* Betul lah orang cakap, sehari tu boleh bagi sejuta makna dan sejuta kenangan kan. Memang ! Malang sekali tak banyak gambar yang dapat di snap semalam. Btw, seronok dapat tengok Ombak Rindu sama-sama semalam. Air mata tu penting . Ahahaa ! Next time kita hangout lagi okay :)

Mood Ombak Rindu tu. Ahahaa !


Redha Itu Ikhlas, Pasrah Itu Menyerah. Kbaiii :)

No comments:

Post a Comment