Thursday 8 December 2011

Belajar bahasa kelantan :)

Yeah, ternyata saya sangat rajin dan gigih mengUpdate blog kan. Tak malu puji diri sendiri*

Okay. Untuk new entry ney kan cukup interesting lah. Interesting ke ? Ahaha ! Whatever ! 

Mari belajar bahasa kelantan :) Jom !

Orang kelantan cakap unik kan. Tu bagi saya lah, orang lain punya pendapat tak tahu lah. Hey, saya sangat interested nak bertutur dalam loghat kelate ney tapi malangnya macam macam kritikan yang saya dapat. Yang paling tak tahan tu ada orang cakap supo ore siam :) Hahaha ! See, saya cakap kelantan tu :)

Kenapa minat ? Meh nak story. Firstly saya sangat bersyukur sebab diberi peluang menuntut ilmu di Terengganu. Memang pada awalnya rasa macam nak tolak tawaran yang saya dapat tu. Kenapa Terengganu ? Kenapa tak Johor ? Melaka ? Selangor ? Shah Alam ? Huh, kecewa jugak sikit :( tapi terfikir macam mana perasaan orang yang langsung tak diberi peluang nak sambung study diorang. Mesti lagi kecewa kan. So, sekurang-kurangnya saya masih diberi kesempatan. Orang selalu cakap menuntut ilmu tak kisah lah kat mana-mana pun. Saya pegang kata-kata tu ! Biar sampai ke negara china sekalipunn. Banyak pulak saya bebel kan ! Ahahaa !

Okay, pupuk rasa kasih rasa cinta rasa sayang dekat Terengganu sana tu. Tak dinafikan lagi lah, majoriti kawan kawan baru saya adalah orang Terengganu dan Kelantan. So minat datang dari situ lah ! Bahasa Terengganu ? Tak payah belajar, saya punn boleh bertutur dalam loghat Terengganu lah tapi kelantan ? Hohoho, really interesting ! Dah hampir tiga tahun pun study kat sana tapi nak cakap kelantan still tak boleh lah. Asyik kena gelak jek ha :) 

Mention sikit nama kawan yang selalu speak kelantan ngan saya ! Nisah ! Yes, she come from Besut and fully guna bahasa kelantan bila bertutur. Kadang-kadang jugak ada word yang saya langsung tak faham dan tak pernah dengar punn. Ahahaa ! Ain, yang ney memang mek kelate. Fully cakap kelantan kot dia ney then bila saya speak kelantan mesti dia cakap 'Pelik sangat bunyi ika kecek, macam ore siam'. Ahaaha ! Ye dop ??
Sorang lagi, Shafizuan or matwe. Mamat ney datang dari Besut jugak tapi jarang sekali dia cakap kelantan dengan saya. Thanks yaa matwe sebab selalu gelakkan ika bila ika cakap kelantan. Aiyoo, langsung tak support ika kan. Please jadi sifu ika ye :)

Jom belajar :) Saya ada 100 word ney ha. Okay ney saya just copy paste dari facebook rakan saya yang juga berasal dari kelantan :)


1. Agah = sombong
2. Aloh la = mengeluh
3. Bekok = bergurau
4. Bekwoh = kenduri,biasanya kenduri kawin
5. Bera = lari bertempiaran
6. Beso = biasa
7. Blana = banyak-kuantiti yg banyak
8. Blana-kokna = terlalu banyak
9. Blarok = berarak semasa majlis kawin
10. Bleber = berleter
11. Blengah = rasa tidak selesa-melekit
12. Blikat = bahagian belakang badan
13. Bojen = fesyen atau style rambut
14. Borak = semakin parah-sakit
15. Brehi = menyukai atau minat
16. Brembah = bergaduh- utk haiwan
17. Brona = membuat perangai-menangis
18. Brunga = berlari
19. Cakduh = mereka yg kurang kemas
20. Cakpuh-cakpuh = perbuatan melompat2
21. Cedung = bersawah
22. Cekak = larat
23. Cetong = gayung
24. Cok = cangkul
25. Cokek = mencucuk jari ke pinggang org lain
26. Cokoh = duduk
27. Colek = pencicah
28. Come-lote = terlalu cantik
29. Culah = liar,tidak jinak(haiwan)
30. Derak = keluar bersiar-siar
31. Dumoh = rumah
32. Ejas = memikat
33. Gege = bising
34. Glecoh = tergelincir
35. Glegaa = lantai
36. Gorek = pengasah pensel
37. Grentok = jambatan
38. Gubak = kedudukan yg terakhir
39. Hambak = mengejar
40. Hudoh-banga = sangat hodoh
41. Igak = tangkap
42. Itee-lege = terlalu hitam
43. Jelo = terlebih
44. Jenero = tertido
45. Jerik = menangis
46. Jet = perbuatan menendang
47. Jolo = betul
48. Jula = dahan pokok
49. Kalar = pensel warna
50. Kale = pensel
51. Kekoh = gigit
52. Kelik = balik
53. Kemah-kemim = ikatan yg terlalu ketat
54. Kerah-kejun = kaku
55. Khenak = membuat jahat
56. Kicik = membuang air besar tidak sengaja(sedikit)
57. Kore = sejenis alat utk memarut kelapa
58. Kube-lembe = berselerak
59. Kuca-bara = berselerak
60. Kura = menconteng
61. Lak’eh = tidak bermaya
62. Lorak = melakukan kerja kelam kabut(nak cepat)
63. Manis-letin = amat manis
64. Masem-purik = amat manis
65. Masin-perak = amat masin
66. Meroh-mere = merah padam
67. Meroh-nyalo = merah yg sgt terang
68. Meta = sekejap
69. Mokte = rambutan
70. Mongek = pembonceng motosikal
71. Mulo = masa lampau
72. Nacar = terlajak
73. Ngelik = mengelak dari sesuatu
74. Ngenkok = menyenkeh
75. Ngolek = gelecek bola
76. Nyetok = kejang
77. Pahit-lepe = terlalu pahit
78. Panah-cen-cen = amat panas(cuaca)
79. Parok = parah
80. Pekong = membaling sesuatu
81. Perik = serik
82. Pitih = duit
83. Prange = tempat letak ikan utk dibakar
84. Puteh-lepuk = amat putih
85. Ralik = berkhayal atau mengelamun
86. Rekngan-napun =ringan sangat
87. Repih = mematahkan
88. Royak = beritahu
89. Samah = 50 sen
90. Sengonti = betul-betul(tidak tipu)
91. Sokmo = selalu
92. Suloh = dahi yg luas
93. Sumbak = tertekan
94. Tawa-leba = tawar
95. Tebolah = cuai
96. Tiok = menangis
97. Tok rok = tidak larat
98. Trembe = benda yg tergantung tp tidak kemas spt baju
99. Tubik = keluar
100. Turik = sakit telinga akibat bunyi bising

To be continue. Kbaiii :)

No comments:

Post a Comment