Friday, 9 August 2013

Kuatkan Hati

Assalamualaikum

Night kiss kiss :* hehe

Rindunya dengan dunia ni semua. Sumpah rindu gila tapi sebab suhu kemalasan yang terlampau tinggi tu, macam ni lah jadinya ha. Demam kulat dah blog ni. Haha ! Ya Allah, ini first entry untuk tahun 2013 ! sekarang punn dah bulan 8. Dah nak raya semua. Eh dah raya pun ! selamat hari raya Maaf Zahir Batin yaa :D

Entry before nih dah janji kan nak continue pasal hari bahagia tu kan.  Okay ika selitkan sikit janji ika kat entry ni ye. Alhamdulillah, pejam celik dah dekat setahun majlis tu. Alhamdulillah juga, majlis berjalan lancar dan kebahagiaan tu milik saya. Insyaallah, moga kebahagian tu terus menjadi milik saya selamanya. Alhamdulillah, saya dah selamat punn berKonvo dalam majlis yang cukup gilang gemilang cuma takde bunga api je sebab majlis buat  kat dalam hall kan. Alhamdulillah lagi, ABAH dan MAK sentiasa bersama-sama sepanjang majlis berlangsung. Thanks Abah, mak, abang, kakak ipar, anak buah haiqal dan damia for coming, guuumbirrraaa sungguh hatiku ini. Satu saja yang nak cakap , saya gembira dapat jumpa lecturer dan juga kawan2.

Okay cukup lah kan, janji dah tertunai punn. Nanti ada masa lagi, ika share gambar-gambar konvo ika tu eh. Sekarang ni ika nak lepaskan apa yang ika rasa pada saat minit dan jam ini. *

Ya Allah, dah setahun lebih tak menaip panjang lebar macam ni. Kekangan masa mungkin sebab ika sekarang dah bekerja tapi rasanya sikap malas lebih menguasai kot. Sape cakap tak rindu ?! Ika rindu sangat nak meluah rasa kat sini, ececehhh tapi bila mula tekan huruf mula lah rasa seolah-olah macam takde apa punn yang nak dikongsikan. Tulis sikit terus tekan backspace. Hmmm..tapi kali ni lain, tak tahu kenapa mengapa dan sebab apa ika rasa nak sangat menulis. Eh bahasakan diri ika pulak kan. Baca tajuk entry sebak rasa didada ! memang sebak. Sabar taw IKA, kuatkan hati, kuatkan semangat. Allah sentiasa bersama.*pujuk diri sendiri.

Kadang-kadang rasa keliru dengan perasaan sendiri. Tak tahu apa yang diri sendiri nak. Haihhhh entry ni macam layan perasaan sangat kan. Kahkahkah. Tapi betul ika tengah bermain dengan perasaan sekarang ni. Perasaan yang kadang-kadang tu ika sendiri tak faham. Banyaknya persoalan bermain kat kepala ni. Ika cuba bersangka baik tapi ika tak dapat nak elak prasangka buruk yang datang. 

Officemate selalu tegur 'Ika, kenapa mata bengkak ? menangis ye ? Jawapan  'tido lewat' yang akan keluar dari mulut ni. Paksa diri untuk senyum seikhlasnya.  Ya Allah, kenapa perasaan yang satu masa dulu saya pernah rasa datang lagi ? Dear my heart, stay strong please. Sedih dengan semua yang jadi sekarang. Ika manusia biasa, banyak khilaf yang terkadang ika sendiri tak sedar dah buat orang lain terasa hati semua. Bergenang juga air mata ni. Huu SABAR lah penguat kata yang ika pegang kalau rasa tak kuat sorang-sorang. 

Orang tak rasa apa yang ika rasa. HARAPAN kadang-kadang membunuh perasaan ika ni. Banyak sangat harapan yang ORANG bagi. Terutama AWAK ! kenapa bagi harapan dekat ika ?! Ika rasa dipermainkan. Ya Allah, kuatkan aku. Sedihnya. Nampak macam masalah cinta kan ? Tak ! Takde istilah cinta pun sebenarnya tapi mesti faham kan perasaan bila kita sedang BER***** dengan orang yang selalu ada untuk kita bila kita susah senang. Faham kan bila kita berusaha untuk sesuatu yang lebih baik tapi nya sekarang semua berubah. Takpe, ika cuba jadi kuat. Ni baru ujian kecil yang Allah bagi. 

Apa yang ika rasa ika sorang yang tahu. Selalu ukir senyuman dibibir tapi inside my heart no one knows. Pedih sedih sakit semua ada. Ika berubah ? Ye, memang ika berubah dan ada sebab kenapa ika berubah. Dear YOU, one day awak tahu kenapa ika berubah. Kenapa ika diam ? sebab ika takot tersalah cakap. Orang kata diam lebih baik dari banyak berkata-kata. Sebab nak jaga lisan, nak jaga hati dan perasaan ika diam tapi sampai bila ? Tapi sekarang dah takde apa lagi dah. Semua dah jelas lagi nyata. I know everything. Thanks YOU. Memang semua dah berubah. Cakap banyak punn tak guna lagi. Kalau dia a.k.a AWAK terbaca apa yang tulis ni, mintak maaf banyak-banyak. Sorry sebab tak jawab call tak reply text semua. Rasa nya tak perlu dah nak jelaskan apa yang dah jelas. Fahamkan maksud ika ni ? Haa tak faham eh ? Kalau tak faham malam kang before tido fikir dulu seminit ye.

Dengan itu, tamat lah sudah entry meluah perasan bersama DR IKA. Eh doktor lah sangat. Yang lepas biar lepas. Pandang depan kiri kanan then lintas jalan. haha takde kaitan pulak aku ni, Senyum ika, senyummmm. Doakan yang terbaik untuk dia. Insyaallah. Penat kan main dengan perasaan ni tapi lagi pelik kalau takde perasaan nanti. So takpe, lepaskan ikhlaskan. Semoga berbahagia. ecehhhh ! Rasa macam entry ni tergantung pulak. Nanti ika update lagi la, malas nak fikir sebenarnya. Thanks faiz baca blog ika. *tetiba pulak :p

Assalamualikum, selamat hari rayo. TATA :D



Thursday, 31 May 2012

Hari bahagiaku 28.08.2012

Assalamualaikum <3

Update lagi okay. Hahaha. Eh eh, enrty ney saya taip dengan senyum yang paling lebar taw . Senyum sampai ke telinga dan dalam waktu yang sama jugak rasa macam nak lompat tinggi tinggi sampai ke langit. Sumpah tak tipu. Eh, boleh ke macam tu ika ? Hahaha.

Alhamdulillah, sedang menghitung  hari bahagia saya. Insyaallah, semoga semuanya berjalan dengan lancar  nanti. Doakan kebahagiaan saya berkekalan hingga ke syurga firdausi yaa. Hehehe. Tak sabar nak tunggu majlis tu nanti. Majlis apa ? Akad nikah ? Hahaha . Sempat nak melawak kan. Amboihhh galok nak kawen tu. Hahahaha gelenyaa sungguh anak dato’ rahim kan.

Selamat pengantin baru sayang.

Amik kau, tu ucapan tu untuk kawan kawan saya yang bakal melangsungkan perkahwinan tak lama lagi lah. Tahniah korang, semoga bahagia selalu dan jadi isteri yang solehah ye. Doakan kebahagiaan saya jugak . Eh eh melebih kan saya. Orang lain yang nak kawen tu tapi saya pulak yang excitednya ha. Dah nak kawen pun kawan kawan saya. Dah saya bilanya kan ? Insyaallah, ada jodoh nanti kawen lah saya *jawapan cover.

Meh laa kembali ke tajuk asal ye. Dah jauh menyimpang cerita saya tu ha. Mesti bosan kan baca. Dah, tak payah baca kalau bosan. Saya create just mengisi masa lapang je punn. Saje nak ekspresikan kegembiraan saya tu dalam bentuk kata-kata. Betul ke ayat saya tu, ekspresikan ? Lantak laa, Bahasa melayu saya 3b je masa spm hari tu. Hahaha. Gelak untuk diri sendiri.

Hari Bahagiaku bakal menyusul tak lama lagi J

Eh, entry ney takde kaitan punn pasal nak kawen segala laa. Takde langsung. Tu actually hari konvokensyen saya nanti laa. Yes, hari bahagia yang saya nanti nantikan. Semoga Allah memanjangkan usia saya untuk meraikan hari tu dengan orang orang tersayang. Insayaallah. Syukur alhamdulillah,  finish my diploma dan tarikh 28.08.2012 tu nanti insyaallah jadi tarikh keramat untuk saya. Cewaahhh, ayat aku kan memang tak boleh pergi je. Rasa nak bagi kissing kat pipi sendiri. Hahaha. After three years bersusah payah, berpenat lelah dan bermacam macam lagi dugaan jadi seorang student finally i already finish my study. Eh rasa macam baru semalam pergi daftar kan. Hahaha. Lepas jugak untuk konvo dengan rakan rakan yang lain. Alhamdulillah. Terima kasih mak, abah, kakak, abang, adik, lecturer lecturer yang cantik lagi handsome, kawan kawan yang comel lagi kacak . Thanks for supporting me yaa.

Haih tak sabar tak sabar nak konvo macam orang lain. Eh tak sabar rasanya nak naik pentas. *Nanti atas pentas tu saya nak mintak izin nak buat ucapan sikit, boleh kan ? Hahaha. Sure mak dan abah bangga tengok anak anak diaorang nanti. Sure !! Semua tu untuk mak dan abah. Okay, saya tak sabar nak main baling baling topi macam gambar kat bawah ney. Hahahaha. *nak baling tinggi tinggi sampai kena kapal terbang yang lalu lalang kat udara tu. 

  
*Abaikan orang orang dalam gambar di atas.

Yeah, dah nak konvo punn ha, duit dalam poket kena kasi penuh meyh. Beli baju, kasut dan semua baru. Eh, bukan nak menunjuk nunjuk laa. Kan tak elok gitu tapi tu sekadar nak raikan hari bahagia saya je. So, dah tiba masa saya cari duit lebih. Cehh, konon konon nak cari duit lebih laa kan. Keje punn takde, hampeh je ika ney. Kalau boleh tak nak lah susahkan abah lagi, dah banyak dia habiskan duit untuk anak anak. Baju dah usha punn tapi tak jumpa lagi yang memikat sang mata yang melihat ney ha. Warna ? Surprise lol tapi i love red very much. Hehehe. 

I miss you you and you <3 Jumpa hari konvo nanti yaa.



Dah penat saya cakap, membazir air liur. Hahaha. Apa kaitan ? Kau bukan cakap ika, kau menaip okay. *bermonolog dengan diri sendiri je tu. Hahaha. Okay, cukup dulu lah rasanya. Makin ditaip makin mengarut rasanya. So better berhenti dulu kan. Eh, entry akan bersambung after tarikh keramat tu nanti. *Tak payah tunggu sebab nanti bosan plus menyampah. Hahaha.

Thanks for those yang membuang masa baca ney semua. Kalau rasa suka, nanti jenguk lah lagi ke sini sebab secara tak langsung korang dah gunakan masa korang untuk perkara yang berfaedah. Amalkan amalan membaca :) Hahahaha 

Pupuk minat membaca yaa :P Assalamualaikum.

Tuesday, 22 May 2012

Dewasa kini . Happy Birthday to me :)

Assalamualaikum cinta <3 *waalaikummussalam rindu :P


Yeay, im 21 years old  right now. Suka beno lah kan makin tua tu. Eh eh tua ke ? Hahaha dewasa lah kan. Syukur alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan peluang bernafas di bumi Allah pada usia dua puluh satu tahun :)

Happy belated birthday untuk diri sendiri *sambil nyanyi lagu happy birthday to me. Lambat kan wish untuk diri sendiri, kesiaannn. Hey, for those yang dah wish sama ada through message or call or face to face, thanks sayangku semua. Sangat sangat appriciate korang dan semoga Allah merahmati kalian semua. Before im forgot, thanks jugak untuk rakan-rakan di laman sesawang facebook. Terbaik korang. Penoh wall saya even tak sampai seratus orang punn yang wish . Hahaha :P

*gambar mintak dengan incik google. Comel <3

Special thanks to ehem ehem ehem *sakit tekak pulak. Tak payah sebut nama lah kan. Hahaha :P Thanks untuk nyanyian lagu yang tak berapa nak merdu tu. Wish lambat ! Message tak reply,  konon konon nak bagi peluang dekat orang lain dulu kan. Btw, i suka suara you even tak semerdu suara bruno mars.  Eh, kalau awak terbaca enrty ney please awak jangan nak gelak bagai laa. Malu saya ^^ awak senyum cukup laa. Hehehe. Thanks too for surprise gift dari awak, sumpah saya sangat terkejut. Pelik binti hairan plus terkejut bila abang pos laju datang hantar barang milik Zulaika Binti Abd Rahim. Malangnya saya tido time tuh so my mum yang tolong ambilkan. 

Jeng jeng jeng, ini hadiahnya. Comel bungkusan hasil tangan awak kan :)

*gambar sedikit kabur sebab camera samsung memang quality cameranye kurang :P

Okay, isi dalam tak payah cerita lah kan. Biar saya dan orang yang memberi je yang tahu. Saya sendiri punn tak jangka pada mulanya apa yang terkandung dalam kotak tu. Awak cakap benda tu takde apa punn kan tapi for me sangat laa bernilai. Semoga Allah membalas kebaikan beliau. Thanks banyak banyak banyak untuk beliau. Nah Muaaahhhh tipu-tipu dari saya :P

Dalam duk bergembira tu terselit jugak kedukaannya. Cewaahhh ayat aku, berbunga lah. Hahaha. Okay, diserang demam. Nak cakap main hujan, memang tak lah sebab biasanya hujan tengah tengah malam. Main panas punn tak jugak laa sebab saya dah dua puluh satu tahun punn, buat apa nak pergi main tengah tengah panas tu kan. Okay, mungkin terkena panas kot *macam tak pernah terdedah pada cahaya lah kau ! Hahaha. Demam sebab separuh hari teman kakak pergi medical check up then pergi jalan jalan. Mungkin demam sebab tu kot tapi seronok sebab my sister bawak pergi secret recipe. Hehehe

Special thanks jugak untuk kakak sebab bawak pergi secret recipe tapi sangat malang sebab bukan dia yang belikan kek untuk birthday girl. Saya beli sendiri dan saya pulak yang kena belanja kakak. Ouh, molek sungguh perangai kakakku kan. 

i got this cake :)

*Tak mampu nak beli sebijik. Sepotong cukup :)


Do you know, i love chocolate very very much and special thanks jugak untuk Hasbullah dan Gemok sebab bagi chocolate ni :)

*thanks again :)

Okay, rasanya dah banyak sangat saya membebel tu kan. Penat sudehhh :|  Thanks for everything sayangku semua. 

Doakan yang terbaik untuk saya yaa. Insyaallah, usia dah menganjak kan, Hopefully saya jadi manusia yang lebih matang dan insyaallah semoga Allah permudahkan semua urusan dunia dan akhirat saya. Amin :)
Thanks lagi sekali pada kawan kawan yang wish hari tu. Sincerely, i love your wishes and thanks for being my friends. Nah kiss tipu tipu untuk korang. Muaaahhh <3 hehehe

Last word, I love you <3


Assalamualaikum dan selamat tido semua.