Saturday, 27 August 2011

Terasa !

Tibatiba terasa nak update belog jek ha. Ahaha ! bosan lah. Koi dah tak tahu nak buat ape lagi sekarang. Dah dua hari actually kat rumah. Agak lah busy saya sepanjang dua hari tu. Ahaha busy jaga anak buah tercinta ha. Penat gila layan mereka-mereka semua *macam ramai jek kan. Waktuwaktu online disiang hari pn terpaksa lah dikorbankan demi keselamatan lappy ney. Susah lah nak hadap lappy if diaorang ada. Tak pasalpasal jahanam lappy ney naty. So, for safety saya online di malam hari jek lah after dyorang balik tapi petang tadi sempat jugak online facebook even tak sampai 10 minit pn. Ahaha !

Esok nak pergi shopping raya ! Yeahhaaa tu pn if jadi lah. Macam tak sure jek ney. Kalau tak pergi takde lah baju raya untuk tahun ney. Tak kisah pn actually sebab raya tahun ney macam tak best jek. My Abah pn tak beli baju tapi saya terasa macam nak belikan abah baju melayu baru lah. Hehehe ! Kewangan tak berapa stabil tahun ney. Mengikut kata abah, projek kat tempat keje dia sekarang kurang so kami semua bersederhana jek lah raya tahun ney. Tak kisah pn, dapat beraya samasama pn dah kira bersyukur :D

Tema raya ? Tak tahu. As usually family saya gemarkan warni warni. Ahaha ! Warna warni di Hari Raya :D Tak kisah pn pasal tema tu semua. Depends to individuals lah kan. Oke, sampai sini jek lah. Im so sleepy ^_^ Need to rest :D Tadaaa, Muuuueeeehhhh <3 big hugs !

Wednesday, 24 August 2011

Rumah manis rumahku :D

Rasa macam dah lama jek tak update belog. Baru berkesempatan sekarang ney, Hehe !
Syukur alhamdulillah dah selamat sampai di negeri tercinta <3 Penat jangan cakap lah kan, 4jam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuantan. Tu tak termasuk dari Kuala Berang ke Kuala Terengganu lagi. Lama kan, kebas segala anggota badan ney.

Pape pn, im happy rite now :D Tak terluah dengan kata-kata lah. Hehe ! Oke, nak story pasal keterujaan sekarang. Hahaha ! Sebenarnya sehari before balik tu dah teruja sangat, Omputih cakap excited kan. Of coz lah saya teruja gila gila gila. Lepas isyak dah siap packing barang semua, siap bawak balik luggage ha. *Berlagak macam duduk oversea. Actually banyak barang yang bawak, dats why bawak benda alah tu. Sekarang fokus saya holiday jek. Tak nak fikir pasal study untuk tempoh seminggu ney. Nak manfaatkan cuti yang ada sekarang jek. Mood raya :D

Seawal jam 06:45 pagi lagi saya dah bangun. Mandi, solat then siapsiap semua, pukul 9 maybe dah gerak pergi Kuala Terengganu. Actually bas ke Kuantan pukul 10:30 pagi. Dah sampai KT tu duduk kejap sementara tunggu bas sampai. Hehe, sempat lagi snap picture tapi dua keping jek. Ahaha !

Ney First nak story, masa tengah asyik borakborak ngan Mira ngan Hasbullah kat terminal tu tibatiba jek ade sorang makcik tu tanya saya jam pukul berapa. Then, dengan yakinnya lah kan jawab. *pukul 10:07 minit. Ingatkan tu jek dia nak tanye, rupanye ade lagi. Boleh pulak makcik tu tanye ada duit seringgit tak ? Dah mula pelik masa tu. Dengan nada lemah lembut jawab *takde :D Hahaha ! Buat bodoh jek lah lepas tu. Makcik tu tak puas hati lagi agaknye then dia cuit pulak bahu saya. Mak ai, dah rasa macam ade yang tak kena jek. Oke, layan jek lah. Makcik tu tanya ada 20sen tak ? sudah, memang something wrong lah. Boleh pulak makcik tu tunjuk syiling 20sen tu sambil cakap *20sen macam ney takde ? Yakin lah jawab takde. Kebetulan memang takde syiling pn masa tu. Hehe. Keadaan terkawal lagi lepas tu then yang paling akhir dia tibatiba berdiri then tanye kotor tak kat belakang baju dia. Layan jek lah kan tapi orang tu memang pelik. Ending, lari duk tempat lain jek lah. Selamat :D

Second ! Nak story about driver bas express yang saya naik. Sumpah tak suka cara dia. Suka cari kesalahan orang jek ! Nyampah lah. Nak emo2 asal, gadoh ngan bini ke ? Huh ! Saya rasa lah kan, kalau boleh sepanjang perjalanan dia nak bunyikan hon bas tu. Macam bagus jek ! *tak pasalpasal kurang pahala puasa aku ! Pape pn, tak suka orang macam tu. At least tolong lah hormat orang lain sikit. Tak nak dah naik express tu lagi kecuali terpaksa oke ! *story ney penuh ngan tanda seru tanda sedang marah ! Ahaha !

Sampai Kuantan lebih kurang kul 2 lebih, plan nak benti kat by pass belakang umah jek tapi sebab sikap pemandu tu camtu terpaksa lah turun kat terminal jugak. Ade hikmah jugak :D Ahaha. Masingmasing bawak haluan sendiri. Hasbullah balik rumah abang dia, mira pulak terus amik bas ke temerloh then saya pulak jalan kaki pergi office kakak saya. *nasib dekat jek tapi penat jugak sebab kene tarik luggage yang berat tu. Nasib jugak office tu depan Shopping Mall :D Actually tadi sempat bersua muka dengan Amir Sepet a.k.a NIK kat mall tu. Jalan-jalan then pergi men games then lepak pastu balik. Thanks to Amir :D

Dah sampai rumah pulak jumpa ngan tiga orang anak buah tercinta <3 Hilang segala penat ney ha. Kali ney yang paling seronok jumpa Qish :D *Cha tido so, dy macam moody sikit. Banyaknye yang dah berubah. Mr Eiman dah ada gigi, rambut qish dah panjang dan Cha semakin kurus :D Ahaha !
Bukak puasa paling best ! tak dapat nak uploud menu berbuka tadi sebab lupa bawak balik kabel.

Kesimpulannya, Home sweet home <3 Ahaha ! Entry kali ney agak lah panjang :D

Saturday, 20 August 2011

Esok hari serabut seharian ^_^

Kalau boleh tak nak lah cakap pasal hari esok! Gila serabut dengan test kuiz dan macammacam lagi lah. Rasa macam tak sanggup nak berdepan dengan benda alah tu sebab sekarang tengah mood raya, mood balik kampung, mood cuti. So, mood study dah kurang sepanjang minggu nak bercuti ney. Ahaha! Ngeng kan ? 

Esok ngan lusa memang hari serabut seharian lah ! Tak tahu nak cakap ape. Pape pn. hope dapat jawab test dan jugak kuiz dengan setenang-tenangnye. Ahaha , Wish me luck oke :D

Thanks guys :D muuueeeehh <3

Thursday, 18 August 2011

Counting and waiting :)

Yeah, sedang counting dah jugak sedang waiting. Counting apa ? Counting the days untuk pulang ke kampung halaman minggu depan :D Haisyhh, rasa nak packing barang sekarang jek. Waiting apa? waiting untuk bercuti minggu depan lah :D ahaha *ngarut jek. 



Sangat-sangat excited untuk pulang berhari raya :) 

Wednesday, 17 August 2011

Nur Aleeya Elisha :D

Assalamualaikum dan Salam Nuzul Al-Quran buat semua umat islam tak kira dimana jua korang berada. Hehe :D Sebenarnya saya sedang bosan sekarang. Cuti kan, tak tahu dah nak buat apa. Padahal esok ada interview latihan industri tapi malas gila nak buat preparation *malam nanti jek lah.

Nak hilangkan kebosanan hari ney, update belog jek lah. For this entry, nak story about anak buah tercinta lagi sayang lagi rindu lagi lagi dan banyak lagi. Ahaha. Sebenarnya saya dah ada 6 orang anak buah *anak sendiri jek belum ada lagi :D Mereka-mereka panggil saya dengan nama yang cukup-cukup sweet. 'MAK IKA' Sweet kan?

Ney nak story mory about anak buah yang selalu jek buat saya senyum, gembira, sedih dan banyak lagi lah. Bukan nak pilih kasih or pape lah tapi dalam ramai-ramai anak buah saya dia lah yang paling memahami hati dan jiwa saya *hebat lah Cha <3 Kira macam dia lah yang paling dekat dengan saya. Yang penting sekarang, saya sayang mereka semua.



Nur Aleeya Elisha <3 *ada gaya model tak? ahaha.

Jeng jeng jeng, tu lah aleeya tapi saya panggil dia Cha jek. Tu picture yang paling latest yang saya snap before   saya berhijrah ke Terengganu. *picture 2bulan yang lalu. Ramai jugak orang tak percaya yang cha sebenarnya baru berusia 5 tahun :D Dia sangat-sangat lah suka bergambar, suka make up, suka posing suka nyanyi dan yang paling dia suka adalah Baca Buku *rajin budak ney :D Nak share picture jek lah, penat nak bercerita. Hehe :D


2 tahun


3 tahun


4 tahun


5 tahun *latest

Picture si aleeya time baby2 dulu takde lah pulak dalam koleksi album saya. Ney ada sikit lagi picture Anak buah tercinta ney . Hehehe !











Thanks for viewing :D Big Hugs <3 muahhhh !

Tuesday, 16 August 2011

Get ready :D

Get ready for what? Bersedia untuk memBUSYkan diri lah lepas ney. Actually saya dilantik untuk jadi Penolong Biro lawatan untuk Kelab Pelancongan Politeknik Tercinta a.k.a PHT yang mana jawatan ketua telah disandang oleh Mohd Hasbullah Bin Abdul Ghapor merangkap sahabat kelas saya sendiri. Haisyhh, sebolehnya saya mengelak dari menyandang apa-apa jawatan untuk semester ney, tak nak terlibat langsung dengan mana-mana persatuan. Banyak lagi yang perlu difokuskan. Komitmen tu penting tapi seriously tak ready langsung nak bagi apa-apa komitmen untuk kelab ney.

Sangat-sangat berterima kasih lah kepada pencadang yang telah mencadang saya untuk menyandang jawatan tu. Belum ada pape dah rasa beban sekarang *even jawatan tu tak lah tinggi mane pn tapi bila dah nama ada tanggungjawab tu terasa jugak lah bebannye. 'Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul'.

Btw, cool jek lah. Buat macam orang takde perasaan sekarang :D ahaha !

Monday, 15 August 2011

You're my bestie !

Nur Atikah abdullah ! You're my bestie :D Thanks coz being my friend darl <3 i love you more more and more !


Mueeehhhh <3 Friendship Forever ! Mana-mana kita pegi orang selalu cakap kita TWIN.. Same ek muka kita? ahaha ! *jawapan, ye tikah memang twin saya pn :P

Berbuka puasa bersama Sahabat Tercinta !

Syukur alhamdulillah, apa yang dirancang berjalan dengan lancar. 14 Ogos 2011*siap mention tarikh lagi ney, tercatat dalam sejarah dan sebenarnya buat pertama kalinya bukak puasa dengan sahabat-sahabat seramai ney. Kira macam kenangan terindah jugak lah kan sebab tahun ney tahun terakhir saya puasa dengan korang-korang semua. Yeah, tahun terakhir puasa kat Terengganu. Lepas ney dah tak berpeluang lagi kot tapi insyaallah if panjang umur kita jumpa lagi. ahaha ! 

oke, just nak share picture-picture yang sempat di snap pada petang dan malam yang cukup sweet lagi manis bak gula melaka. Ahaha! Lupa pulak nak mention nama restoran tu. Oke, kitaorang semua decide nak makan kat ''CPN Restaurant''. Not bad lah :D Dalam waktu yang same jugak, celebrate birthday Misz ida, happening gila kat restoran tu. Sweet jek bila satu kelas berkumpul tapi agak malang sebab takde picture ramai-ramai tu. Pape pn i Love you all lah DUP5! Mueeeehh <3

Ney jek lah picture-picture yang sempat di snap. Hehe!


first picture mesti owner lah kan. hehe!


Hah! Free hair. Nice lah!


gila posing, macam bagus jek!


Mira & fira


Kami dah ditempah oke! ahaha. *tengok mata saya :D






Ney lah menu berbuka puasa tadi, sedap <3


Mira belasah ikan tu ? ahaha!










Yang ney paling sweet macam lolipop :P


ney lah Birthday cake Misz Ida!




















Itu saje lah gambar-gambar yang boleh di share untuk entry ney. Penat sudah. Takde pn picture ramai-ramai, sedihnye :( Lepas ney dah takde lagi nak celebrate ramadhan sama-sama sebab ney adalah last year ramadhan saya kat Terengganu ney. Yeah, kembali menyambut ramadhan di negeri tercinta! huhu. Oke, sampai disini saje lah hujah-hujah yang nak disampaikan berserta dengan gambar-gambar yang dipamerkan. Thanks kepada yang membaca :D 

Friday, 12 August 2011

Kasih Mak dan Abah..

Hari yang cukup bosan, dah tak tahu nak buat ape. Biasanya tido jek tapi tadi dah bangun agak lah lewat so tak nak lah tido lama-lama nanti makin gemok *dah lah tersedia gemok! So cara terbaik, menconteng belog. Entry ney ditulis gara-gara teringat kat mak ngan abah kat kampung. Rindu sangat! Tunggu kepulangan anaknda tercinta ye mak ngan abah. hehehe!

''Kasih ibu membawa ke syurga, Kasih ayah sepanjang masa''

Syukur alhamdulillah kerana saya masih mempunyai ayah dan ibu, masih diberi peluang untuk merasai kasih sanyang mereka. Sesungguhnya kasih mereka tiada gantinya. Tipu lah kalau cakap saya tak pernah buat hati mak dan abah terguris. Kalau boleh lah kan, saya tak nak tengok mak ngan abah sedih. Bahagiakan mereka! Insyaallah. Mak dan abah adalah permulaan hidup saya. Tanpa mereka tak mungkin saya dapat melihat dunia ini.

Buat Abd.Rahim Bin Mahmud dan juga Mastura Binti Muda, terima kasih atas semua pengorbanan abah dan mak untuk kami adik beradik. Tak terbalas rasanya semua jasa abah dan mak tu. Sebab mak dan abah jugak saya kuat untuk teruskan hidup ney. Terima kasih jugak sebab sentiasa bersama saya saat-saat saya susah dan gembira.


Abah ngan mak adalah segala-segalanya bagi saya!

''Kasih ibu membawa ke syurga, Kasih ayah sepanjang masa''

Rasanya sampai sini jek lah yang boleh cakap. Takde idea lah nak tulis apa. Last word mesti kene ada "I LOVE ABAH N MAK''  Assalamualaikum.

Sekelip mata berubah

Sebenarnya tak tahu nak buat apa malam-malam cmney. So teman-teman serumah a.k.a housemate semuanya sedang sibuk mengUpdate belog masing-masing. Kenapa tak tido lagi ? sebab esok kat terengganu cuti. Huhu ! So, kami semua ambil kesempatan ney beriadah sama-sama sambil mengUpdate belog. Dah penat main game tadi and now terasa nak menulis pulak.

Oke semua, kembali ke tajuk kita yang kat atas tu ye *Sekelip mata berubah ! Sebenarnya bukan ape pn, nak cakap pasal rambut jek sebenarnye. Dah pendek ! Tak tahu lah nak cakap suka ke tak rambut sekarang. Macam takde perasaan dekat rambut ney. Sekali tengok oke. Bila dua kali tengok, rambut depan macam kuda lah! Ahaha, sumpah kelakar. Nak cakap menyesal tak jugak tapi rindu rambut yang dulu tu. Nak tunggu panjang semula memang bertahun lamanye lah kan. So, sape suruh gunting ? Terima hakikat jek lah wahai ika yang rambut sekarang sangatsangat lah buruk.

Mengikut kata seorang sahabat, watak sedikit berubah bila rambut dah pendek ney. Nampak DEBE ! Actually tu dalam loghat kelantan. *Gangster ! Yes, Tu terjemahannya. Ye ke gangster ? Punye lah muka lemah lembut boleh pulak si nisah cakap *gangster ! ahaha. Makin banyak cakap makin ngarut, so sampai disini saja lah penceritaan untuk malam ney. Akhiri penceritaan ney dengan lafaz assalamualaikum. Selamat Malam :D

Thursday, 11 August 2011

Alhamdulillah ..

Yeah , dah selesai pn jawab quiz principle of management tadi. Berbaloi jugak korban tido semalam. Syukur alhamdulillah, everythings oke :D Lepas ney banyak lagi yang akan menyusul. Sedikit tensen a.k.a serabut jugak lah. Yang paling tak sanggup nak hadapi *skimanye bahasa, interview latihan industri before cuti raya ney. Sumpah nervous. Hope semuanya berjalan lancar nanti.

Alhamdulillah jugak masih diberi peluang untuk menjalani ibadah puasa tahun ney. Hari ney dah hari ke-11 umat islam berpuasa, semoga setiap amalan kita diberkati olehNya. Insyaallah . Nak story sikit lah pasal ramadhan ney. Actually ney tahun ketiga, sekali lagi ditekankan tahun KETIGA puasa kat Terengganu. Syukur alhamdulillah jugak ney TAHUN TERAKHIR puasa kat sini, Terengganu tercinta <3 ahaha ! Konon-konon puasa kat perantauan lah. Banyak gila moment sepanjang 3 tahun puasa kat sini. Bila ingat balik kelakar pn ada. Ahaha !

Yang paling tak boleh lupa first year puasa kat perantauan ney makan nasi dengan telur rebus then cicah budu. Gila lah, tak penah dibuat tapi menarik jugak lah. Masa tu belajar berdikari gila. ahaha ! Seperti title kat atas tu, alhamdulillah jugak sebab tak lama lagi dah nak raya. Tak sabar nak balik. Dedicated 4 Abah ngan Mak, nantikan kepulangan ika yang jauh nun di Kuala Berang a.k.a Kobe. *biar abah ngan mak tak baca pn.
Tak sabar nak bukak puasa. Lapar yang amat gara-gara makan Mcd jek semalam. Hurm, last word. Selamat Hari Raya Aidilfitri. hehehe ! Assalamualaikum *versi cik syikin (lecturer tercinta). Bubye.


Friday, 5 August 2011

Terasa Rindu

Ahaha, terasa nak menulis tentang perasaan pulak. RINDU :D kadangkadang terasa perit nak menanggung rasa rindu kan. teringat pulak katakata seorang sahabat, *Allah hadiahkan satu perasaan yang cukup bernilai iaitu rindu. Ouh, Mish my family damn much <3 Waiting for MID SEMESTER break. Waiting For Aidilfitri. Waiting for 19 August maybe. hehehe. Really mish my sayang *Sha Qish iman also. And waiting for macammacam lagi lah. Waiting for the end ? hahaha .

Waiting for your call and sms also. Mish so even sometimes rasa dah malas nak amik tahu tu semua tapi really mish . Wan can I do ? *actually ape yang aku cakap, terasa macam mengarut semua. Tak kisah lah. asalkan sendiri faham. Terasa macam cepat sangat masa bergerak. Bila terasa rindu ku sebut namamu, ahaha lagu dafi. Penat lah nyanyi, Puasa. Sik da tenaga bha, dah keluar ayat sarawak sikit. Nak tido. ZzZZZzzzzz. Out :D