Saturday 10 March 2012

Tiga tahun penuh makna ~~

Assalamualaikum..

Update update update. Yes !! Selepas sebulan lebih sepikan diri dari dunia ney semua. Entah, malas nak menulis. Takde apa yang nak diluahkan lagipunn. Tapi hari ney rajin pulak lah kan. Kesian pulak kat pengunjung-pengunjung belog saya duk baca story yang dah basi + berkulat kot. Al maklum lah, dah sebulan lebih story tu. Hahaha ! Ish kesian kesian :P *Macam ada orang baca je kan belog ney.

Tik tok tik tok jam bergerak !! Alahaii, cepat beno masa berlalu kan. Dah di bulan mac punn ha. Masa makin mencemburui. Semuanya semakin hampir. Sekarang hari dah boleh dikira dengan jari je, semuanya hampir sampai ke penghujungnya. Oh seriously saya sangat sangat sadiss sambil buat mimik muka macam ney :(

Okay, cukup susah sebenarnya nak menaip entry ini. Rasa macam nak titiskan air mata punn ada tapi saya rasa nak jugak menulis hari nie. Kebetulan pulak saya dapat kredit MASA percuma sekarang nie. Bukan kredit PANGGILAN percuma okay. Kalau panggilan free dah takde makna nak update benda ney semua laa, baik bergayut kan. Hehehe ! Masa percuma dari segala assignment dan kerja yang berlambak tu ha. Rasa macam free sikit laa hari ney sebab today is friday and Terengganu is holiday. Waa, speaking mat salleh pulak saya. Hahaha ! *Today is saturday sudah, entry bersambung :)

First word yang berlegar-legar dalam fikiran since bangun tido tadi BOSAN ! Yes, seriously im bored ! Im alone here. Kenapa nak boring segala kan. Heee, sebenarnya semua housemate saya balik kampung. Tinggal lah saya keseorangan disini. First time duduk sorang sorang macam nie. Saya tengok lappy then lappy tengok saya. Sedih kan macam tu. Bangun tido-online-mandi-basuh baju-kemas rumah-online sambil makan roti-solat bila masuk waktu-online dan online dan online. Tu rutin untuk hari ni. Banyak pulak saya melalut dan dah lari jauh dari tajuk utama.

Okay okay, meh kita kembali ke tajuk utama kita ye. Dengar sini orang orang kampung sekalian, saya nak bercerita ni. Mari dekat mari dekat. Hahaha ! Menyempat ajak orang tu. Thanks to all my follower <3

Tiga tahun penuh makna. Bha, macam sedang bercintan cintun tajuk entry tu kan. Yes, memang kisah cinta punn. Kisah cinta yang berputik di Terengganu. Semuanya bermula di Politeknik Hulu Terengganu. Hahaha ! Pejam celik pejam celik dah hampir tiga tahun saya menjalinkan RELATIONSHIP dengan mereka mereka tu dan ianya takkan pernah berakhir kan. Insyaallah. Im proud to be one of PHT student. Semoga Allah berkati persahabatan yang dibina atas rasa kasih sayang dan cintaNya.  Amin :)

Even saya hanya bergelar seorang pelajar politeknik tapi saya cukup berbangga. Even pada mulanya jugak  saya sedikit malu berdaftar dibawah nama politeknik HULU terengganu sebab selalu di ejek itu dan ini tapi orang tak tahu di sebalik semua tu kan. Yes, memang banyak kekurangan kat poli tu dan tak pernah saya nafikan tu semua. Terlalu banyak sampaikan kadang kadang saya sendiri punn mengeluh. "Macam ni ke poli aku ? Tu laa soalan yang saya tanya masa first daftar dulu sampai sekarang ney ha. Btw, PHT dihatiku. Yes, always dihatiku :)

Korang dah sedia maklum ? Kalau belum saya nak maklumkan nie Okay, actually PHT adalah poli yang baru ditubuhkan masa tu. So intake tak ramai la. Saya merupakan second intake untuk poli tu. First intake punn just berapa orang je, boleh kira dengan mata je :P Then kitaorang just ada dua course je punn. First Diploma Akauntansi and second Diploma in Tourism Management.

Korang taw ? Tak tahu kan. Hahaha :P Meh nak bagi taw. Saya berdaftar as a Tourism student :)

Sejuta kenangan tercipta kat poli tu ha. *Bukan sejuta tapi lebih dari tu. Dekat situ jugak lah saya belajar hidup berdikari. Al maklum lah duduk negeri orang kan, jauh pulak tu dengan orang orang yang saya sayang. Meh imbau sikit masa mula mula dulu tu. Senyum sorang sorang bila ingat balik. Hahaha. First week kat tempat orang menangis bagai sebab seumur hidup tak pernah sekali punn pergi jauh dari orang orang  tersayang especially abah. Ya Allah, sumpah sedih yang teramat sangat. Nak tido, bangun tido, pegi kuliah tak berhenti air mata ni ha. Even masa dalam perjalanan dari Kuantan nak ke Terengganu tu pun dah bergenang air mata ni. Seminggu before daftar tu punn dah menagis bagai dekat rumah. Huhuhu !

Saya sangat takot pada perpisahan !!! Tapi berpisah tu pasti kan.

Dekat poli tu jugak saya belajar erti persahabatan. Saya jumpa macam macam orang. Saya jumpa orang orang yang sebelum ni saya tak pernah jumpa. Hahaha ! *memang tak pernah jumpa laa sebab tak pernah kenal :P I mean saya dapat kawan kawan baru laa yang majoriti nya orang orang terengganu dan kalau korang nak tahu, masa intake saya tu just EMPAT orang SAHAJA pelajar yang berasal dari PAHANG.  Sedih kan ?  Kira bernasib baik jugak laa sebab memudahkan saya untuk pulang bercuti bersama sama mereka tuu sebab saya tak pernah naik bas sorang sorang. Berdikari disitu okay. Hehehe !

Saya sayang semua kawan kawan saya even diorang langsung tak sayang saya. Hahaha ! Kalau korang terbaca entry nie kan, saya nak korang tahu yang saya sayang korang semua especially rakan sekelas saya, DUP6 *Malu nak cakap depan depan. Tipu lah kalau cakap sepanjang perkenalan tuu saya tak pernah mengguris hati mereka mereka semua kan. Biasa lah, mood berubah ubah kan. Kadang kadang saya sendiri tak sedar yang tindakan saya tuu dah buat orang lain terasa hati or what laa. Yes, nobady perfect and everybody make mistake. Just forgive each other. Saya cuma manusia biasa yang tak pernah lari dari buat silap.

To all my friend, saya disini ingin meminta maaf secara tertutup dan terbuka dengan kalian semua dari hujung rambut sampai lah hujung kaki. Halalkan setiap kotak air susu dutch lady yang korang penah belanja saya k *Kalau penah la :P Hahaha ! Halalkan semuanya laa sebab banyak benda yang dikongsikan bersama espcially dengan budak budak rumah kan. Thanks untuk semuanya kawan. Will never forget and our friendship, insyaallah will never ends :) Thanks untuk semuanya.


Huii, dah panjang lebar pulak si ika menulis. Nak balas dendam ke hape ney. Kalau boleh kan saya nak coretkan semua kenangan kat blog ney ha tapi "Aku tak berdaya'' Hahaha ! Tak mampu nak bagi tahu semua dekat belog ni. Cukup laa sekadar yang termampu je kan. Dah penat punn ha, semput mak nyaahhh ! I need some water, please !! Hahaha :P

Another two month. Dah tak lama kan. Semuanya dah semakin hampir. Tak sabar rasanya nak bergelar graduate :) Tak sabar nak menanti hari Konvokensyen tu nanti. Saya nak hadiahkan kebahagiaan kat mak ngan abah. Dalam duk bergembira tu terselit jugak rasa sedih ni. Sumpah sedih nak tinggalkan semuanya. Sape yang tak sedih habaq mai kat cheq. Sedih, tobak pong. Hahaha ! Pada luarannya mungkin saya nampak gembira kan tapi inside takde sape yang tahu melainkan saya sendiri dan yang Di Atas sana.

Saya yakin lagi pasti dan bertambah sure bila dah sampai masanya saya perlu tinggalkan semuanya air mata saya akan gugur ke bumi. Silap silap boleh banjir Terengganu. Haa, jangan terkejut laa time tu kan. Hehehe !

Okay, rasanya cukup sampai kat situ je laa. Bosan pulak sang pembaca nanti *macam ada jek kan yang nak baca semua tu. Btw, thanks for reading :) MuaaahhXX, big hugs <3

Assalamualaikum..


*PHT always in my heart. Hahaha !


Semuanya bermula disini*