Thursday 31 May 2012

Hari bahagiaku 28.08.2012

Assalamualaikum <3

Update lagi okay. Hahaha. Eh eh, enrty ney saya taip dengan senyum yang paling lebar taw . Senyum sampai ke telinga dan dalam waktu yang sama jugak rasa macam nak lompat tinggi tinggi sampai ke langit. Sumpah tak tipu. Eh, boleh ke macam tu ika ? Hahaha.

Alhamdulillah, sedang menghitung  hari bahagia saya. Insyaallah, semoga semuanya berjalan dengan lancar  nanti. Doakan kebahagiaan saya berkekalan hingga ke syurga firdausi yaa. Hehehe. Tak sabar nak tunggu majlis tu nanti. Majlis apa ? Akad nikah ? Hahaha . Sempat nak melawak kan. Amboihhh galok nak kawen tu. Hahahaha gelenyaa sungguh anak dato’ rahim kan.

Selamat pengantin baru sayang.

Amik kau, tu ucapan tu untuk kawan kawan saya yang bakal melangsungkan perkahwinan tak lama lagi lah. Tahniah korang, semoga bahagia selalu dan jadi isteri yang solehah ye. Doakan kebahagiaan saya jugak . Eh eh melebih kan saya. Orang lain yang nak kawen tu tapi saya pulak yang excitednya ha. Dah nak kawen pun kawan kawan saya. Dah saya bilanya kan ? Insyaallah, ada jodoh nanti kawen lah saya *jawapan cover.

Meh laa kembali ke tajuk asal ye. Dah jauh menyimpang cerita saya tu ha. Mesti bosan kan baca. Dah, tak payah baca kalau bosan. Saya create just mengisi masa lapang je punn. Saje nak ekspresikan kegembiraan saya tu dalam bentuk kata-kata. Betul ke ayat saya tu, ekspresikan ? Lantak laa, Bahasa melayu saya 3b je masa spm hari tu. Hahaha. Gelak untuk diri sendiri.

Hari Bahagiaku bakal menyusul tak lama lagi J

Eh, entry ney takde kaitan punn pasal nak kawen segala laa. Takde langsung. Tu actually hari konvokensyen saya nanti laa. Yes, hari bahagia yang saya nanti nantikan. Semoga Allah memanjangkan usia saya untuk meraikan hari tu dengan orang orang tersayang. Insayaallah. Syukur alhamdulillah,  finish my diploma dan tarikh 28.08.2012 tu nanti insyaallah jadi tarikh keramat untuk saya. Cewaahhh, ayat aku kan memang tak boleh pergi je. Rasa nak bagi kissing kat pipi sendiri. Hahaha. After three years bersusah payah, berpenat lelah dan bermacam macam lagi dugaan jadi seorang student finally i already finish my study. Eh rasa macam baru semalam pergi daftar kan. Hahaha. Lepas jugak untuk konvo dengan rakan rakan yang lain. Alhamdulillah. Terima kasih mak, abah, kakak, abang, adik, lecturer lecturer yang cantik lagi handsome, kawan kawan yang comel lagi kacak . Thanks for supporting me yaa.

Haih tak sabar tak sabar nak konvo macam orang lain. Eh tak sabar rasanya nak naik pentas. *Nanti atas pentas tu saya nak mintak izin nak buat ucapan sikit, boleh kan ? Hahaha. Sure mak dan abah bangga tengok anak anak diaorang nanti. Sure !! Semua tu untuk mak dan abah. Okay, saya tak sabar nak main baling baling topi macam gambar kat bawah ney. Hahahaha. *nak baling tinggi tinggi sampai kena kapal terbang yang lalu lalang kat udara tu. 

  
*Abaikan orang orang dalam gambar di atas.

Yeah, dah nak konvo punn ha, duit dalam poket kena kasi penuh meyh. Beli baju, kasut dan semua baru. Eh, bukan nak menunjuk nunjuk laa. Kan tak elok gitu tapi tu sekadar nak raikan hari bahagia saya je. So, dah tiba masa saya cari duit lebih. Cehh, konon konon nak cari duit lebih laa kan. Keje punn takde, hampeh je ika ney. Kalau boleh tak nak lah susahkan abah lagi, dah banyak dia habiskan duit untuk anak anak. Baju dah usha punn tapi tak jumpa lagi yang memikat sang mata yang melihat ney ha. Warna ? Surprise lol tapi i love red very much. Hehehe. 

I miss you you and you <3 Jumpa hari konvo nanti yaa.



Dah penat saya cakap, membazir air liur. Hahaha. Apa kaitan ? Kau bukan cakap ika, kau menaip okay. *bermonolog dengan diri sendiri je tu. Hahaha. Okay, cukup dulu lah rasanya. Makin ditaip makin mengarut rasanya. So better berhenti dulu kan. Eh, entry akan bersambung after tarikh keramat tu nanti. *Tak payah tunggu sebab nanti bosan plus menyampah. Hahaha.

Thanks for those yang membuang masa baca ney semua. Kalau rasa suka, nanti jenguk lah lagi ke sini sebab secara tak langsung korang dah gunakan masa korang untuk perkara yang berfaedah. Amalkan amalan membaca :) Hahahaha 

Pupuk minat membaca yaa :P Assalamualaikum.

Tuesday 22 May 2012

Dewasa kini . Happy Birthday to me :)

Assalamualaikum cinta <3 *waalaikummussalam rindu :P


Yeay, im 21 years old  right now. Suka beno lah kan makin tua tu. Eh eh tua ke ? Hahaha dewasa lah kan. Syukur alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan peluang bernafas di bumi Allah pada usia dua puluh satu tahun :)

Happy belated birthday untuk diri sendiri *sambil nyanyi lagu happy birthday to me. Lambat kan wish untuk diri sendiri, kesiaannn. Hey, for those yang dah wish sama ada through message or call or face to face, thanks sayangku semua. Sangat sangat appriciate korang dan semoga Allah merahmati kalian semua. Before im forgot, thanks jugak untuk rakan-rakan di laman sesawang facebook. Terbaik korang. Penoh wall saya even tak sampai seratus orang punn yang wish . Hahaha :P

*gambar mintak dengan incik google. Comel <3

Special thanks to ehem ehem ehem *sakit tekak pulak. Tak payah sebut nama lah kan. Hahaha :P Thanks untuk nyanyian lagu yang tak berapa nak merdu tu. Wish lambat ! Message tak reply,  konon konon nak bagi peluang dekat orang lain dulu kan. Btw, i suka suara you even tak semerdu suara bruno mars.  Eh, kalau awak terbaca enrty ney please awak jangan nak gelak bagai laa. Malu saya ^^ awak senyum cukup laa. Hehehe. Thanks too for surprise gift dari awak, sumpah saya sangat terkejut. Pelik binti hairan plus terkejut bila abang pos laju datang hantar barang milik Zulaika Binti Abd Rahim. Malangnya saya tido time tuh so my mum yang tolong ambilkan. 

Jeng jeng jeng, ini hadiahnya. Comel bungkusan hasil tangan awak kan :)

*gambar sedikit kabur sebab camera samsung memang quality cameranye kurang :P

Okay, isi dalam tak payah cerita lah kan. Biar saya dan orang yang memberi je yang tahu. Saya sendiri punn tak jangka pada mulanya apa yang terkandung dalam kotak tu. Awak cakap benda tu takde apa punn kan tapi for me sangat laa bernilai. Semoga Allah membalas kebaikan beliau. Thanks banyak banyak banyak untuk beliau. Nah Muaaahhhh tipu-tipu dari saya :P

Dalam duk bergembira tu terselit jugak kedukaannya. Cewaahhh ayat aku, berbunga lah. Hahaha. Okay, diserang demam. Nak cakap main hujan, memang tak lah sebab biasanya hujan tengah tengah malam. Main panas punn tak jugak laa sebab saya dah dua puluh satu tahun punn, buat apa nak pergi main tengah tengah panas tu kan. Okay, mungkin terkena panas kot *macam tak pernah terdedah pada cahaya lah kau ! Hahaha. Demam sebab separuh hari teman kakak pergi medical check up then pergi jalan jalan. Mungkin demam sebab tu kot tapi seronok sebab my sister bawak pergi secret recipe. Hehehe

Special thanks jugak untuk kakak sebab bawak pergi secret recipe tapi sangat malang sebab bukan dia yang belikan kek untuk birthday girl. Saya beli sendiri dan saya pulak yang kena belanja kakak. Ouh, molek sungguh perangai kakakku kan. 

i got this cake :)

*Tak mampu nak beli sebijik. Sepotong cukup :)


Do you know, i love chocolate very very much and special thanks jugak untuk Hasbullah dan Gemok sebab bagi chocolate ni :)

*thanks again :)

Okay, rasanya dah banyak sangat saya membebel tu kan. Penat sudehhh :|  Thanks for everything sayangku semua. 

Doakan yang terbaik untuk saya yaa. Insyaallah, usia dah menganjak kan, Hopefully saya jadi manusia yang lebih matang dan insyaallah semoga Allah permudahkan semua urusan dunia dan akhirat saya. Amin :)
Thanks lagi sekali pada kawan kawan yang wish hari tu. Sincerely, i love your wishes and thanks for being my friends. Nah kiss tipu tipu untuk korang. Muaaahhh <3 hehehe

Last word, I love you <3


Assalamualaikum dan selamat tido semua. 

Saturday 10 March 2012

Tiga tahun penuh makna ~~

Assalamualaikum..

Update update update. Yes !! Selepas sebulan lebih sepikan diri dari dunia ney semua. Entah, malas nak menulis. Takde apa yang nak diluahkan lagipunn. Tapi hari ney rajin pulak lah kan. Kesian pulak kat pengunjung-pengunjung belog saya duk baca story yang dah basi + berkulat kot. Al maklum lah, dah sebulan lebih story tu. Hahaha ! Ish kesian kesian :P *Macam ada orang baca je kan belog ney.

Tik tok tik tok jam bergerak !! Alahaii, cepat beno masa berlalu kan. Dah di bulan mac punn ha. Masa makin mencemburui. Semuanya semakin hampir. Sekarang hari dah boleh dikira dengan jari je, semuanya hampir sampai ke penghujungnya. Oh seriously saya sangat sangat sadiss sambil buat mimik muka macam ney :(

Okay, cukup susah sebenarnya nak menaip entry ini. Rasa macam nak titiskan air mata punn ada tapi saya rasa nak jugak menulis hari nie. Kebetulan pulak saya dapat kredit MASA percuma sekarang nie. Bukan kredit PANGGILAN percuma okay. Kalau panggilan free dah takde makna nak update benda ney semua laa, baik bergayut kan. Hehehe ! Masa percuma dari segala assignment dan kerja yang berlambak tu ha. Rasa macam free sikit laa hari ney sebab today is friday and Terengganu is holiday. Waa, speaking mat salleh pulak saya. Hahaha ! *Today is saturday sudah, entry bersambung :)

First word yang berlegar-legar dalam fikiran since bangun tido tadi BOSAN ! Yes, seriously im bored ! Im alone here. Kenapa nak boring segala kan. Heee, sebenarnya semua housemate saya balik kampung. Tinggal lah saya keseorangan disini. First time duduk sorang sorang macam nie. Saya tengok lappy then lappy tengok saya. Sedih kan macam tu. Bangun tido-online-mandi-basuh baju-kemas rumah-online sambil makan roti-solat bila masuk waktu-online dan online dan online. Tu rutin untuk hari ni. Banyak pulak saya melalut dan dah lari jauh dari tajuk utama.

Okay okay, meh kita kembali ke tajuk utama kita ye. Dengar sini orang orang kampung sekalian, saya nak bercerita ni. Mari dekat mari dekat. Hahaha ! Menyempat ajak orang tu. Thanks to all my follower <3

Tiga tahun penuh makna. Bha, macam sedang bercintan cintun tajuk entry tu kan. Yes, memang kisah cinta punn. Kisah cinta yang berputik di Terengganu. Semuanya bermula di Politeknik Hulu Terengganu. Hahaha ! Pejam celik pejam celik dah hampir tiga tahun saya menjalinkan RELATIONSHIP dengan mereka mereka tu dan ianya takkan pernah berakhir kan. Insyaallah. Im proud to be one of PHT student. Semoga Allah berkati persahabatan yang dibina atas rasa kasih sayang dan cintaNya.  Amin :)

Even saya hanya bergelar seorang pelajar politeknik tapi saya cukup berbangga. Even pada mulanya jugak  saya sedikit malu berdaftar dibawah nama politeknik HULU terengganu sebab selalu di ejek itu dan ini tapi orang tak tahu di sebalik semua tu kan. Yes, memang banyak kekurangan kat poli tu dan tak pernah saya nafikan tu semua. Terlalu banyak sampaikan kadang kadang saya sendiri punn mengeluh. "Macam ni ke poli aku ? Tu laa soalan yang saya tanya masa first daftar dulu sampai sekarang ney ha. Btw, PHT dihatiku. Yes, always dihatiku :)

Korang dah sedia maklum ? Kalau belum saya nak maklumkan nie Okay, actually PHT adalah poli yang baru ditubuhkan masa tu. So intake tak ramai la. Saya merupakan second intake untuk poli tu. First intake punn just berapa orang je, boleh kira dengan mata je :P Then kitaorang just ada dua course je punn. First Diploma Akauntansi and second Diploma in Tourism Management.

Korang taw ? Tak tahu kan. Hahaha :P Meh nak bagi taw. Saya berdaftar as a Tourism student :)

Sejuta kenangan tercipta kat poli tu ha. *Bukan sejuta tapi lebih dari tu. Dekat situ jugak lah saya belajar hidup berdikari. Al maklum lah duduk negeri orang kan, jauh pulak tu dengan orang orang yang saya sayang. Meh imbau sikit masa mula mula dulu tu. Senyum sorang sorang bila ingat balik. Hahaha. First week kat tempat orang menangis bagai sebab seumur hidup tak pernah sekali punn pergi jauh dari orang orang  tersayang especially abah. Ya Allah, sumpah sedih yang teramat sangat. Nak tido, bangun tido, pegi kuliah tak berhenti air mata ni ha. Even masa dalam perjalanan dari Kuantan nak ke Terengganu tu pun dah bergenang air mata ni. Seminggu before daftar tu punn dah menagis bagai dekat rumah. Huhuhu !

Saya sangat takot pada perpisahan !!! Tapi berpisah tu pasti kan.

Dekat poli tu jugak saya belajar erti persahabatan. Saya jumpa macam macam orang. Saya jumpa orang orang yang sebelum ni saya tak pernah jumpa. Hahaha ! *memang tak pernah jumpa laa sebab tak pernah kenal :P I mean saya dapat kawan kawan baru laa yang majoriti nya orang orang terengganu dan kalau korang nak tahu, masa intake saya tu just EMPAT orang SAHAJA pelajar yang berasal dari PAHANG.  Sedih kan ?  Kira bernasib baik jugak laa sebab memudahkan saya untuk pulang bercuti bersama sama mereka tuu sebab saya tak pernah naik bas sorang sorang. Berdikari disitu okay. Hehehe !

Saya sayang semua kawan kawan saya even diorang langsung tak sayang saya. Hahaha ! Kalau korang terbaca entry nie kan, saya nak korang tahu yang saya sayang korang semua especially rakan sekelas saya, DUP6 *Malu nak cakap depan depan. Tipu lah kalau cakap sepanjang perkenalan tuu saya tak pernah mengguris hati mereka mereka semua kan. Biasa lah, mood berubah ubah kan. Kadang kadang saya sendiri tak sedar yang tindakan saya tuu dah buat orang lain terasa hati or what laa. Yes, nobady perfect and everybody make mistake. Just forgive each other. Saya cuma manusia biasa yang tak pernah lari dari buat silap.

To all my friend, saya disini ingin meminta maaf secara tertutup dan terbuka dengan kalian semua dari hujung rambut sampai lah hujung kaki. Halalkan setiap kotak air susu dutch lady yang korang penah belanja saya k *Kalau penah la :P Hahaha ! Halalkan semuanya laa sebab banyak benda yang dikongsikan bersama espcially dengan budak budak rumah kan. Thanks untuk semuanya kawan. Will never forget and our friendship, insyaallah will never ends :) Thanks untuk semuanya.


Huii, dah panjang lebar pulak si ika menulis. Nak balas dendam ke hape ney. Kalau boleh kan saya nak coretkan semua kenangan kat blog ney ha tapi "Aku tak berdaya'' Hahaha ! Tak mampu nak bagi tahu semua dekat belog ni. Cukup laa sekadar yang termampu je kan. Dah penat punn ha, semput mak nyaahhh ! I need some water, please !! Hahaha :P

Another two month. Dah tak lama kan. Semuanya dah semakin hampir. Tak sabar rasanya nak bergelar graduate :) Tak sabar nak menanti hari Konvokensyen tu nanti. Saya nak hadiahkan kebahagiaan kat mak ngan abah. Dalam duk bergembira tu terselit jugak rasa sedih ni. Sumpah sedih nak tinggalkan semuanya. Sape yang tak sedih habaq mai kat cheq. Sedih, tobak pong. Hahaha ! Pada luarannya mungkin saya nampak gembira kan tapi inside takde sape yang tahu melainkan saya sendiri dan yang Di Atas sana.

Saya yakin lagi pasti dan bertambah sure bila dah sampai masanya saya perlu tinggalkan semuanya air mata saya akan gugur ke bumi. Silap silap boleh banjir Terengganu. Haa, jangan terkejut laa time tu kan. Hehehe !

Okay, rasanya cukup sampai kat situ je laa. Bosan pulak sang pembaca nanti *macam ada jek kan yang nak baca semua tu. Btw, thanks for reading :) MuaaahhXX, big hugs <3

Assalamualaikum..


*PHT always in my heart. Hahaha !


Semuanya bermula disini*

Monday 23 January 2012

Happy

Update lagi dan lagi dan lagi.

Assalamualaikum stalker *kalau ada lah kan.

Saya happy ? Boleh laa even ada sikit rasa tak happy sebenarnya tapi sembunyikan. Always smile even terpaksa senyum. Boleh ke macam tu ? Ahahaa, boleh laa kan. 

Pagi tadi tak happyyyyy ! Tak nak story lah. Nanti plus plus rasa tak happy tu. Nak cakap yang happy je dulu. Yes, rasa yang tak happy tadi tu terubat laa sikit sebab tadi dapat attend engagement kawan baik saya since kami tadika lagi :) Macam tak percaya beliau dah bertunang. Selamat Bertunang untuk Ain. Semoga kekal bahagia sampai hujung nyawa. Amin. Leyka sentiasa doakan yang terbaik. Insyaallah.


*Teman seperjuangan since kami sekolah rendah lagi tu. Hehee !

Tak nak share gambar banyak-banyak laa . Hehee, sekeping cukup. Tak sabar pulak nak attend wedding ain bulan lima nanti. Haih, saya pulak terlebih excited. Bukan hape, nak ambil berkat orang cakap. Ahahaa !

Okay, dapat jumpa si Amir Long tadi kat majlis Ain. Asyik nak gadoh mulut jek kan tapi takpe lah dah lali kot dengan kata-kata si Amir tapi terkadang bila dah saya terasa susah jugak lah kan. Heheee :) 

Happy lagi sebab malam tadi ada orang belanja makan KFC. Thanks to Incik Polis sebab belanja tadi :) Murah betul rezeki saya bulan ney. Baru jek dua hari lepas ada orang belanja Mcd. Peluang nak makin Gemok memang terbuka luas lah kan. Rebut peluang cepat. Errrr ! Tak nak Gemok lagi. Dah tersedia gemok ney. BULAT !  Ahahaa !

Err, tak tahu nak update hape tapi terasa nak menulis. 

Kbaiii *story tergantung. Maaf .


Saturday 21 January 2012

Tersepit

Tersepit !

Tersepit what ? Tersepit dalam situasi yang tak tahu bila nak settle. Situasi yang kalau boleh tak nak terbabit langsung, tak nak terlibat langsung dengan masalah-masalah orang. Buruknya pada saya jugak. I dont know !

Seriously, i dont know how to explain. Takde niat nak berpihak pada siapa pun. Maybe saya terlalu nak jaga hati orang dan tu buat orang lain salah tafsiran pada saya. Maaf ! Saya tak tahu nak letak diri saya kat mana dalam situasi tu. Ya Allah, sejujurnya saya rasa bersalah kepada dua-dua pihak.

Maaf.

Sincerely,
IKA

Saturday 14 January 2012

Penat bila terlalu menjaga hati orang .

Penat !

Penat kan jaga hati orang sampaikan hati dan perasaan sendiri tak terjaga.
Sumpah penat ! Tambah pulak bila jaga hati orang yang langsung tak pernah nak jaga hati kita balik. 

Jaga hati orang sampaikan hati dan perasaan sendiri terabai. Tak adil langsung.

P/s : Berhati-hati menjaga hati 

Thursday 12 January 2012

Bertahan selagi mampu

Can't sleep :)

Sayu jek kan tajuk entry. Ahaha !

Orang tak rasa apa yang saya rasa, perit dalam hati tak sape punn tahu, tak sape punn nampak. Beban yang saya tanggung tak pernah punn saya bagi orang rasa. Semuanya atas bahu saya sendiri. *macam entry luahkan perasaan pulak kan. Ayat pulak macam dalam drama tv. Heheee :)

Selamat malam. Muaaahh :*

Wednesday 11 January 2012

Happy New Year :)

Hello, hye, and so on dan yang paling penting Assalamualaikum because im muslim :) Ahahaa :P

Wait wait, dengan rasa bangga nak wish Happy New Year ! Is it too late ? I think not too late kot ^__^ Heeyyy, masih mood tahun baru lagipunn. So, belum terlewat okay :) Semoga tahun baru saya ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Insyaallah.


Happy New Year :)

Tanpa rasa segan silu jugak lah kan nak cakap yang ney ENTRY PERTAMA untuk tahun ney.  Huii, dah lama jugak tak main tulis tulis tapi belog saya tak penah punn ada habuk, tak pernah ada sarang labah-labah punn. Suci bersih lagi. Ahahaa ! Azam tahun baru ? Hehee, masih menyimpan azam yang lama :) Masih belum tercapai sepenuhnya. Semoga setiap apa yang dirancang dipermudahkan dan yang paling penting saya mengharapkan yang terbaik untuk saya dan family saya. Insyaaallah. Hey, nak berazam tak payah nak tunggu tahun baru punn takpe kan. Anytime punn boleh hape. 

Dengan rasa rendah diri jugak nak cakap yang first time saya celebrate new year kat oversea *KOBE, Jepunn. The best celebration okay :) Mungkin jugak ney pertama dan terakhir saya celebrate kat sini *mood down kejap. Macam sedih jek kan. Okay, tahun terakhir saya study kat sini. Sometimes, saya rasa tak sabar dah nak habiskan semua, penat dah belajar. Tambah pulak saya bukan lah orang yang rajin. Ahahaa !


*Countdown 2012

See, tu picture countdown. Kitaorang celebrate luar dari daerah KOBE. Untuk pengetahuan jugak, jepunn banyak sangat tempat menarik. Banyak okay :) Kitaorang decide nak celebrate kat daerah yang banyak bunga sakura. Best woo. Kat mane ? Tokyo ! Yuhuuu ! Betul ke kat TOKYO banyak bunga sakura ney ? Nak tahu search Incik GOOGLE :)

Hujan rahmat di malam tahun baru. Niat nak tengok bunga yang berapi-api tapi sedikit kecewa pulak sebab takde celebration punn kat Tokyo malam tu. Takpe lah, at least saya dapat mandi hujan, dapat itu dan dapat ini malam tu. Thanks kepada Incik ****  a.k.a kawan kepada Nur mazni nasuha . Jasamu dikenang :)

Ahahaa, layan lah story mory yang entah pape tu kan. 

Happy New Years. Muehhhh <3