Friday, 9 August 2013

Kuatkan Hati

Assalamualaikum

Night kiss kiss :* hehe

Rindunya dengan dunia ni semua. Sumpah rindu gila tapi sebab suhu kemalasan yang terlampau tinggi tu, macam ni lah jadinya ha. Demam kulat dah blog ni. Haha ! Ya Allah, ini first entry untuk tahun 2013 ! sekarang punn dah bulan 8. Dah nak raya semua. Eh dah raya pun ! selamat hari raya Maaf Zahir Batin yaa :D

Entry before nih dah janji kan nak continue pasal hari bahagia tu kan.  Okay ika selitkan sikit janji ika kat entry ni ye. Alhamdulillah, pejam celik dah dekat setahun majlis tu. Alhamdulillah juga, majlis berjalan lancar dan kebahagiaan tu milik saya. Insyaallah, moga kebahagian tu terus menjadi milik saya selamanya. Alhamdulillah, saya dah selamat punn berKonvo dalam majlis yang cukup gilang gemilang cuma takde bunga api je sebab majlis buat  kat dalam hall kan. Alhamdulillah lagi, ABAH dan MAK sentiasa bersama-sama sepanjang majlis berlangsung. Thanks Abah, mak, abang, kakak ipar, anak buah haiqal dan damia for coming, guuumbirrraaa sungguh hatiku ini. Satu saja yang nak cakap , saya gembira dapat jumpa lecturer dan juga kawan2.

Okay cukup lah kan, janji dah tertunai punn. Nanti ada masa lagi, ika share gambar-gambar konvo ika tu eh. Sekarang ni ika nak lepaskan apa yang ika rasa pada saat minit dan jam ini. *

Ya Allah, dah setahun lebih tak menaip panjang lebar macam ni. Kekangan masa mungkin sebab ika sekarang dah bekerja tapi rasanya sikap malas lebih menguasai kot. Sape cakap tak rindu ?! Ika rindu sangat nak meluah rasa kat sini, ececehhh tapi bila mula tekan huruf mula lah rasa seolah-olah macam takde apa punn yang nak dikongsikan. Tulis sikit terus tekan backspace. Hmmm..tapi kali ni lain, tak tahu kenapa mengapa dan sebab apa ika rasa nak sangat menulis. Eh bahasakan diri ika pulak kan. Baca tajuk entry sebak rasa didada ! memang sebak. Sabar taw IKA, kuatkan hati, kuatkan semangat. Allah sentiasa bersama.*pujuk diri sendiri.

Kadang-kadang rasa keliru dengan perasaan sendiri. Tak tahu apa yang diri sendiri nak. Haihhhh entry ni macam layan perasaan sangat kan. Kahkahkah. Tapi betul ika tengah bermain dengan perasaan sekarang ni. Perasaan yang kadang-kadang tu ika sendiri tak faham. Banyaknya persoalan bermain kat kepala ni. Ika cuba bersangka baik tapi ika tak dapat nak elak prasangka buruk yang datang. 

Officemate selalu tegur 'Ika, kenapa mata bengkak ? menangis ye ? Jawapan  'tido lewat' yang akan keluar dari mulut ni. Paksa diri untuk senyum seikhlasnya.  Ya Allah, kenapa perasaan yang satu masa dulu saya pernah rasa datang lagi ? Dear my heart, stay strong please. Sedih dengan semua yang jadi sekarang. Ika manusia biasa, banyak khilaf yang terkadang ika sendiri tak sedar dah buat orang lain terasa hati semua. Bergenang juga air mata ni. Huu SABAR lah penguat kata yang ika pegang kalau rasa tak kuat sorang-sorang. 

Orang tak rasa apa yang ika rasa. HARAPAN kadang-kadang membunuh perasaan ika ni. Banyak sangat harapan yang ORANG bagi. Terutama AWAK ! kenapa bagi harapan dekat ika ?! Ika rasa dipermainkan. Ya Allah, kuatkan aku. Sedihnya. Nampak macam masalah cinta kan ? Tak ! Takde istilah cinta pun sebenarnya tapi mesti faham kan perasaan bila kita sedang BER***** dengan orang yang selalu ada untuk kita bila kita susah senang. Faham kan bila kita berusaha untuk sesuatu yang lebih baik tapi nya sekarang semua berubah. Takpe, ika cuba jadi kuat. Ni baru ujian kecil yang Allah bagi. 

Apa yang ika rasa ika sorang yang tahu. Selalu ukir senyuman dibibir tapi inside my heart no one knows. Pedih sedih sakit semua ada. Ika berubah ? Ye, memang ika berubah dan ada sebab kenapa ika berubah. Dear YOU, one day awak tahu kenapa ika berubah. Kenapa ika diam ? sebab ika takot tersalah cakap. Orang kata diam lebih baik dari banyak berkata-kata. Sebab nak jaga lisan, nak jaga hati dan perasaan ika diam tapi sampai bila ? Tapi sekarang dah takde apa lagi dah. Semua dah jelas lagi nyata. I know everything. Thanks YOU. Memang semua dah berubah. Cakap banyak punn tak guna lagi. Kalau dia a.k.a AWAK terbaca apa yang tulis ni, mintak maaf banyak-banyak. Sorry sebab tak jawab call tak reply text semua. Rasa nya tak perlu dah nak jelaskan apa yang dah jelas. Fahamkan maksud ika ni ? Haa tak faham eh ? Kalau tak faham malam kang before tido fikir dulu seminit ye.

Dengan itu, tamat lah sudah entry meluah perasan bersama DR IKA. Eh doktor lah sangat. Yang lepas biar lepas. Pandang depan kiri kanan then lintas jalan. haha takde kaitan pulak aku ni, Senyum ika, senyummmm. Doakan yang terbaik untuk dia. Insyaallah. Penat kan main dengan perasaan ni tapi lagi pelik kalau takde perasaan nanti. So takpe, lepaskan ikhlaskan. Semoga berbahagia. ecehhhh ! Rasa macam entry ni tergantung pulak. Nanti ika update lagi la, malas nak fikir sebenarnya. Thanks faiz baca blog ika. *tetiba pulak :p

Assalamualikum, selamat hari rayo. TATA :D