Wednesday, 24 August 2011

Rumah manis rumahku :D

Rasa macam dah lama jek tak update belog. Baru berkesempatan sekarang ney, Hehe !
Syukur alhamdulillah dah selamat sampai di negeri tercinta <3 Penat jangan cakap lah kan, 4jam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuantan. Tu tak termasuk dari Kuala Berang ke Kuala Terengganu lagi. Lama kan, kebas segala anggota badan ney.

Pape pn, im happy rite now :D Tak terluah dengan kata-kata lah. Hehe ! Oke, nak story pasal keterujaan sekarang. Hahaha ! Sebenarnya sehari before balik tu dah teruja sangat, Omputih cakap excited kan. Of coz lah saya teruja gila gila gila. Lepas isyak dah siap packing barang semua, siap bawak balik luggage ha. *Berlagak macam duduk oversea. Actually banyak barang yang bawak, dats why bawak benda alah tu. Sekarang fokus saya holiday jek. Tak nak fikir pasal study untuk tempoh seminggu ney. Nak manfaatkan cuti yang ada sekarang jek. Mood raya :D

Seawal jam 06:45 pagi lagi saya dah bangun. Mandi, solat then siapsiap semua, pukul 9 maybe dah gerak pergi Kuala Terengganu. Actually bas ke Kuantan pukul 10:30 pagi. Dah sampai KT tu duduk kejap sementara tunggu bas sampai. Hehe, sempat lagi snap picture tapi dua keping jek. Ahaha !

Ney First nak story, masa tengah asyik borakborak ngan Mira ngan Hasbullah kat terminal tu tibatiba jek ade sorang makcik tu tanya saya jam pukul berapa. Then, dengan yakinnya lah kan jawab. *pukul 10:07 minit. Ingatkan tu jek dia nak tanye, rupanye ade lagi. Boleh pulak makcik tu tanye ada duit seringgit tak ? Dah mula pelik masa tu. Dengan nada lemah lembut jawab *takde :D Hahaha ! Buat bodoh jek lah lepas tu. Makcik tu tak puas hati lagi agaknye then dia cuit pulak bahu saya. Mak ai, dah rasa macam ade yang tak kena jek. Oke, layan jek lah. Makcik tu tanya ada 20sen tak ? sudah, memang something wrong lah. Boleh pulak makcik tu tunjuk syiling 20sen tu sambil cakap *20sen macam ney takde ? Yakin lah jawab takde. Kebetulan memang takde syiling pn masa tu. Hehe. Keadaan terkawal lagi lepas tu then yang paling akhir dia tibatiba berdiri then tanye kotor tak kat belakang baju dia. Layan jek lah kan tapi orang tu memang pelik. Ending, lari duk tempat lain jek lah. Selamat :D

Second ! Nak story about driver bas express yang saya naik. Sumpah tak suka cara dia. Suka cari kesalahan orang jek ! Nyampah lah. Nak emo2 asal, gadoh ngan bini ke ? Huh ! Saya rasa lah kan, kalau boleh sepanjang perjalanan dia nak bunyikan hon bas tu. Macam bagus jek ! *tak pasalpasal kurang pahala puasa aku ! Pape pn, tak suka orang macam tu. At least tolong lah hormat orang lain sikit. Tak nak dah naik express tu lagi kecuali terpaksa oke ! *story ney penuh ngan tanda seru tanda sedang marah ! Ahaha !

Sampai Kuantan lebih kurang kul 2 lebih, plan nak benti kat by pass belakang umah jek tapi sebab sikap pemandu tu camtu terpaksa lah turun kat terminal jugak. Ade hikmah jugak :D Ahaha. Masingmasing bawak haluan sendiri. Hasbullah balik rumah abang dia, mira pulak terus amik bas ke temerloh then saya pulak jalan kaki pergi office kakak saya. *nasib dekat jek tapi penat jugak sebab kene tarik luggage yang berat tu. Nasib jugak office tu depan Shopping Mall :D Actually tadi sempat bersua muka dengan Amir Sepet a.k.a NIK kat mall tu. Jalan-jalan then pergi men games then lepak pastu balik. Thanks to Amir :D

Dah sampai rumah pulak jumpa ngan tiga orang anak buah tercinta <3 Hilang segala penat ney ha. Kali ney yang paling seronok jumpa Qish :D *Cha tido so, dy macam moody sikit. Banyaknye yang dah berubah. Mr Eiman dah ada gigi, rambut qish dah panjang dan Cha semakin kurus :D Ahaha !
Bukak puasa paling best ! tak dapat nak uploud menu berbuka tadi sebab lupa bawak balik kabel.

Kesimpulannya, Home sweet home <3 Ahaha ! Entry kali ney agak lah panjang :D

No comments:

Post a Comment