Thursday, 31 May 2012

Hari bahagiaku 28.08.2012

Assalamualaikum <3

Update lagi okay. Hahaha. Eh eh, enrty ney saya taip dengan senyum yang paling lebar taw . Senyum sampai ke telinga dan dalam waktu yang sama jugak rasa macam nak lompat tinggi tinggi sampai ke langit. Sumpah tak tipu. Eh, boleh ke macam tu ika ? Hahaha.

Alhamdulillah, sedang menghitung  hari bahagia saya. Insyaallah, semoga semuanya berjalan dengan lancar  nanti. Doakan kebahagiaan saya berkekalan hingga ke syurga firdausi yaa. Hehehe. Tak sabar nak tunggu majlis tu nanti. Majlis apa ? Akad nikah ? Hahaha . Sempat nak melawak kan. Amboihhh galok nak kawen tu. Hahahaha gelenyaa sungguh anak dato’ rahim kan.

Selamat pengantin baru sayang.

Amik kau, tu ucapan tu untuk kawan kawan saya yang bakal melangsungkan perkahwinan tak lama lagi lah. Tahniah korang, semoga bahagia selalu dan jadi isteri yang solehah ye. Doakan kebahagiaan saya jugak . Eh eh melebih kan saya. Orang lain yang nak kawen tu tapi saya pulak yang excitednya ha. Dah nak kawen pun kawan kawan saya. Dah saya bilanya kan ? Insyaallah, ada jodoh nanti kawen lah saya *jawapan cover.

Meh laa kembali ke tajuk asal ye. Dah jauh menyimpang cerita saya tu ha. Mesti bosan kan baca. Dah, tak payah baca kalau bosan. Saya create just mengisi masa lapang je punn. Saje nak ekspresikan kegembiraan saya tu dalam bentuk kata-kata. Betul ke ayat saya tu, ekspresikan ? Lantak laa, Bahasa melayu saya 3b je masa spm hari tu. Hahaha. Gelak untuk diri sendiri.

Hari Bahagiaku bakal menyusul tak lama lagi J

Eh, entry ney takde kaitan punn pasal nak kawen segala laa. Takde langsung. Tu actually hari konvokensyen saya nanti laa. Yes, hari bahagia yang saya nanti nantikan. Semoga Allah memanjangkan usia saya untuk meraikan hari tu dengan orang orang tersayang. Insayaallah. Syukur alhamdulillah,  finish my diploma dan tarikh 28.08.2012 tu nanti insyaallah jadi tarikh keramat untuk saya. Cewaahhh, ayat aku kan memang tak boleh pergi je. Rasa nak bagi kissing kat pipi sendiri. Hahaha. After three years bersusah payah, berpenat lelah dan bermacam macam lagi dugaan jadi seorang student finally i already finish my study. Eh rasa macam baru semalam pergi daftar kan. Hahaha. Lepas jugak untuk konvo dengan rakan rakan yang lain. Alhamdulillah. Terima kasih mak, abah, kakak, abang, adik, lecturer lecturer yang cantik lagi handsome, kawan kawan yang comel lagi kacak . Thanks for supporting me yaa.

Haih tak sabar tak sabar nak konvo macam orang lain. Eh tak sabar rasanya nak naik pentas. *Nanti atas pentas tu saya nak mintak izin nak buat ucapan sikit, boleh kan ? Hahaha. Sure mak dan abah bangga tengok anak anak diaorang nanti. Sure !! Semua tu untuk mak dan abah. Okay, saya tak sabar nak main baling baling topi macam gambar kat bawah ney. Hahahaha. *nak baling tinggi tinggi sampai kena kapal terbang yang lalu lalang kat udara tu. 

  
*Abaikan orang orang dalam gambar di atas.

Yeah, dah nak konvo punn ha, duit dalam poket kena kasi penuh meyh. Beli baju, kasut dan semua baru. Eh, bukan nak menunjuk nunjuk laa. Kan tak elok gitu tapi tu sekadar nak raikan hari bahagia saya je. So, dah tiba masa saya cari duit lebih. Cehh, konon konon nak cari duit lebih laa kan. Keje punn takde, hampeh je ika ney. Kalau boleh tak nak lah susahkan abah lagi, dah banyak dia habiskan duit untuk anak anak. Baju dah usha punn tapi tak jumpa lagi yang memikat sang mata yang melihat ney ha. Warna ? Surprise lol tapi i love red very much. Hehehe. 

I miss you you and you <3 Jumpa hari konvo nanti yaa.



Dah penat saya cakap, membazir air liur. Hahaha. Apa kaitan ? Kau bukan cakap ika, kau menaip okay. *bermonolog dengan diri sendiri je tu. Hahaha. Okay, cukup dulu lah rasanya. Makin ditaip makin mengarut rasanya. So better berhenti dulu kan. Eh, entry akan bersambung after tarikh keramat tu nanti. *Tak payah tunggu sebab nanti bosan plus menyampah. Hahaha.

Thanks for those yang membuang masa baca ney semua. Kalau rasa suka, nanti jenguk lah lagi ke sini sebab secara tak langsung korang dah gunakan masa korang untuk perkara yang berfaedah. Amalkan amalan membaca :) Hahahaha 

Pupuk minat membaca yaa :P Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment