Saturday 10 September 2011

Syukur Alhamdulillah :D

Salam kepada pembaca sekalian * Macam ada jek orang baca ney kan. Ahaha ! Hehe, dah boleh update blog sekarang. Macam busy jek sebelum ney kan. Sebenarnya tak busy mane pn tapi saya diserang demam panas gara gara cuaca panas. Ahaha ! Haisyh, tak baik salahkan cuaca lah. Astaghfirullah al azim :D Sebenarnya demam gara gara bersuka ria menyambut aidilfitri ke 7 kat Air Terjun Sekayu. Dua patah perkataan untuk diri sendiri PADAN MUKA ! Gila lama beridah kat sana, 5jam. Cuba bayangkan tapi sumpah best gila gila gila lah sampai demam ha. 

Nak story sikit masa diserang demam tu. Sumpah seksa :( Sadis gila ! Dah lah family jauh nun di oversea, Haha ! Tanda tanda utama sakit tekak. Esoknya baru lah dapat demam. Pakej lengkap tiga serangkai demam selsema batuk. Sangat sangat lah seksa. Terasa lemah sangat sangat waktu tu. Tuhan je tahu macam mana rasa sakit. Dah tak boleh nak buat apa, nangis nangis nangis. Terasa macam ney demam yang paling teruk lah. Orang selalu cakap ''makan lah ubat, pergi klinik''. Seingat saya lah kan, last pegi klinik dua tahun lepas. Tu pn gara gara kes H1N1. Risau lah kononnye :D 

Paling tak suka makan ubat ! Hurgh, camne nak telan ubat ha ? Susah ! Dats why malas nak pegi klinik, membazir jek kalau ubat tak makan kan :D Kononnye demam boleh baik sendiri lah tapi hakikatnye tak. Demam makin teruk ada lah. Padan muka lagi sekali sebab degil tak nak makan ubat. Hehe ! Hari kedua demam paling tak tahan. Tak tahu camne nak explain dengan kata-kata apa yang saya rasa masa tu, badan terasa lemah sangat-sangat. Finally tewas jugak dengan ubat. Korbankan perasaan ego tu. Makan ubat dengan cara sendiri * Tak payah cakap lah cara macam mana kan, malu jek :) Ahaha ! Thanks to Amirah Sazali atas sumbangan dua biji ubat selsema :D Thanks jugak kat Hasbullah atas sumbangan Penadol Extend *tu penadol orang sakit urat tapi saya dah makan sebiji, layan. Ahaha !

Syukur Alhamdulillah, lepas makan ubat rasa macam dah oke sikit just selsema jek lah yang susah nak hilang. Sangat sangat tak suka sebab saya mengalami masalah kesukaran bernafas dalam erti kata lain nafas tersekat. Ahaha boleh ek camtu ika ? Ngeng ! 

Sesungguhnya sakit itu menghapus dosa-dosa kecil :D

Salam *sila jawab :D

No comments:

Post a Comment