Sunday, 4 September 2011

Hari Ahad yang sia-sia :D

Sejuta kali bosan hari ney ! Tiba-tiba pulak kelas takde ha. Sia sia sia sia sia sia . Haisyhh, Sia-sia balik sini semalam. Rugi tak dapat nak attend kenduri kawen jiran yang happening gila tu. Sejuta kali rugi jugak sebab tu kenduri kawen terakhir kot sebab anak-anak dia semua dah kawen. Ahaha ! So, hari ney hari ahad yang sia-sia kat sini. Macam ape jek ! Kalau kat rumah kan bagus, boleh pergi raya lagi :D Kalau lah lappy ney ada perasaan mesti dia bosan gila tengok owner dia setiap masa. Ahaha !

Diwaktu-waktu terluang ney jugak nak wish Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin yaa. Ahaha ! Dah Raya ke-6 baru pandai nak wish ha tapi belum terlewat oke, masih dibulan syawal kan. So, jom kita raya sebulan :D tapi saya raya tak sampai seminggu pn. Ape cer pulak kan ? Tak kisah lah, janji sempat beraya jugak even sekejap. Yang penting dapat jugak bersua muka dengan orangorang tersayang * ramainya yang tersayang . Ahaha ! Mesti lah ramai, abah ngan mak, kakak abang adik, anak buah lagi saudara mara yang tak terkira kawan-kawan dan orang-orang sekeliling termasuk jiran tetangga. Fuyoooh , ramai gila lah kalau nak sebut semua. Hehehe.

First day raya dah bosan gila. Untung lah orang ada kampung kan . Ahaha ! saya ? Hurm, sepanjang tahun beraya dekat rumah sendiri jek. Yang pasti mid semester break kali ney dapat dimanfaatkan dengan cukupcukup baik lah even sekejap jek cuti tu. Yang paling seronok dapat spend time dengan bestie2 yang dirindui. Sape bestie tu ? Amir ngan tikah <3 both of you even korang kadang-kadang menyakitkan jek. Ahaha ! Malang sekali takde picturepicture kami yang sedang bersuka ria tu.


Eyh, tetiba pulak muncul gambar saya. Ahaha ! Saje jek kan. Dah takde picture bersama bestie, so i uploud lah picture i jek *gedik ika. Hehehe. Gadis pink :D Gila ! Tak pernah terlintas nak beli baju colour pink tapi dah terbeli so pakai jek lah kan.


Yeah, itu kakak saya yang gemok macam saya ! Ahaha . Bongek ika ney . Tak aci sebab baju dia colour purple. Jelous oke tapi baju tu saya yang beli kan untuk dia tapi dia bayar lah. Takde makne lah nak belanja dia beratus ratus kan. Tak mampu. Hehehe :D


Qistina yang sweet di pagi raya :D Comel kan baju qish. Tu pn mak ika yang pilih ye. Dah pandai bergambar, maju qish sekarang kalah Mak ika ngan cha kan.


Sebab korang adik beradik mesti lah beli baju same kan. Cha ney pn dah makin matang. Dah boleh faham semua orang cakap so kene berhati-hati bila cakap ngan dia. Jaga kata-kata :D Takde pic Eiman coz eiman tak berapa sihat first raya tu tapi eiman still berbaju melayu oren.

Tak banyak pn picture raya. Tengok, picture Abah ngan mak pn tak sempat di snap pagi raya tu. Next year lah kan saya share. Hope so masih diberi kesempatan menyambut ramadhan dan syawal tahun depan. Insyaallah :D Oke, sorry . Entry ney macam lari dari tajuk jek kan. Ahaha . Duit raya ? 10 ringgit only :D Thanks to Kak kostabel polis cawangan Rawang dan jugak mak beliau yang sudi bagi duit raya tu. 

Selamat Hari Raya semua :D Thanks for reading. Salam *tak jawab dosa taw. hehehe

No comments:

Post a Comment